Thursday, June 20, 2019

Al-fatihah

Pengajaran yang membawa kepada memberi pengajaran kepada diri aku.. 


3 minggu lepas aku dipertanggungjawabkan untuk interview seorang ibu yang telah melalui fasa kehidupan yang ku kira ianya sangat menyakitkan dan memilukan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya dicucuk dengan pelbagai wayar.. 


Adik Aysar Muhaimin disahkan menghidap penyakit kecacatan Darah (Talasemia). Kalau korang semua boleh baca posting difacebook ayahandanya memang sangat sedih dan memilukan. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi adik Aysar. Berjuang untuk kehidupan tetapi nasib tak menyebelahi dirinya. Takpe dik kehidupan mu di akhirat sana jauh lebih indah dan mengasyikkan. 

Buat ibunda dan ayahanda diharapkan agar cekal menghadapi segala ujian dan tabah menerimanya. Insyallah Allah sebaik-baik perancang yang kita tak perlu ragui segala rancangan yang telah diaturkannya. 

Al-fatihah. 



kredit: Abdul Halim (Bapa) Aysar Muhaimin. 




Wednesday, June 12, 2019

Happy Birthday


Hi!

Tahun ni lepas raya je dah nak kena hadap busy kerja dan nak settlekan semua benda secara cepat dan tangkas. Btw, nak ucapkan happy birthday buat manusia-manusia yang saya sayang.. Happy birthday ayah & sayang. Semoga terus sihat dan bahagia dan dimurahkan rezeki. Mak also birthday a day after ayah punya birthday. So, Happy birthday mak!

Happy birthday mak, ayah, & sayang. Lupa nak bagitahu yang birthday mak, ayah, kak tiah and sayang memang berderat sisturrr so memang susah kalau kena hangpa tengah kayap. aahahhahahah!  Tahun ini insyallah ada kot rezeki lebih dan boleh nak share dengan orang-orang yang saya sayang.

Tak banyak nak wish sebab otak dah tepu nak menulis. dan lately sangat busy dengan kerja yang takkan pernah habis T_T

Thursday, May 9, 2019

Ramadhan!

Alhamdulillah...........

Fuh!!!!!!!!! Lama rasanya aku tak update pape since busy sangat sangat.. kerja yang menimbun everyday and of course banyak sangat nak kena prepare untuk hari dan masa yang mendatang. Kehidupan selepas berkerja memang jauh busy dari kau lepak dekat rumah & chilling macam takde apa-apa yang berlaku.

Walaupun aku lambat nak wish korang ramadhan ini aku nak jugak wish (feeling feeling retis) Apa pun dia ucapkan semoga Ramadhan kali ini memberikan kita semua 10001 erti keinsafan dan fokus pada amal ibadah. Insyallah kalau panjang umur kita jumpa di Ramadhan yang akan datang dan insyallah di bulan Syawal yang indah nanti.

Bila bulan puasa ni banyak benda kena cepat sebab nak berbukalah apalah kan. So, apa pun sis kena ready awal. Disebabkan kerja aku ni tak kira masa, tempat dan ketika so aku kenalah push button standby untuk melaksanakan segala tugasan yang ada ni. Banyak sebenarnya aku nak share. Tapi tulah takut muntah plak kalau nak share pasal kerja je kan?


Di bulan Ramadhan tahun ni aku tak berkesempatan pun nak berbuka puasa bersama mak & ayah sebab first puasa tu dah kena prepare kerja yang akan dibuat nanti. disebabkan aku malas and takut kalau tak kejar dateline so memang aku siapkan segala kerja dengan cepat dan aku ready awal2 benda dan kerja aku untuk esoknya.

Dengar dan tengok kerja aku macam mudah tapi tuhan sahaja yang tahu renyah dia kan? Okay cukuplah bercerita soal kerja. Di office aku, memang akan ada sediakan juadah berbuka puasa untuk staff. yang ni memang baik hati sungguh office aku. siap readykan makanan berbuka untuk staff. Masyallah Murah rezeki boss aku.

Sedih sikit Ramadhan kali ini bagi aku sebab tak boleh nak spend time dengan mak and ayah. Selalu ramadhan tahun-tahun lepas sebab aku tak kerja lagi kan. so memang most all iftar memang berbuka dengan mak & ayah. Rindu nak jadi kecik balik lah . senang nak berkepit dengan mak ayah. Lagi-lagi kerja aku yang tak menentu dek masa ni. Kadang-kadang ada je kena pergi sanalah-sinilah. Tu yang mak slalu pesan kat aku "haih macam manalah kau ni boleh jadi wartawan?" 

Hahah!

Apa pun selamat berbuka puasa dan selamat menjalani ibadah puasa !

(time aku tulis ni dah nak berbuka)

The end..

Dah kerja !


Alhamdulillah lama rasanya nak tunggu nak reveal semua benda ni. Apa pun nak ucapkan "Terima Kasih Ya Allah" diatas nikmat yang diberikan sebab banyak sangat mengajar aku erti sabar dan macam mana nak ikhlas dalam menjalani sesebuah kehidupan. 

Okay let start ! 

Bermula dengan penyebaran whatsapp dari kawan-kawan tentang kerja kosong so, aku tak terlepas peluang untuk mencuba nasib dalam mencari rezeki selepas convo. Tak dinafikan memang susah wei tapi tulah yang kena hadap. Jatuh bangun susah senang aku bukan semua orang tahu kan. Lepas convo aku macam orang lain jugak aku risau kalau aku takde kerja tetap and of course aku down gila sebab aku kerja bukan dalam bidang aku selama 2 bulan. hahaha time ni rasa macam pegi kerja stress nak mati sebab banyak sangat benda nak kena hadap. (dahlah bukan bidang aku). Aku gagahlah jugak kerja sampai nak masuk bulan ke tiga aku berhenti sebab aku takleh go sangat dah! 

Sebulan menganggur aku jumpa kerja baharu yang memang bidang aku tapi company memang tak memuaskan aku sebab tak kukuh. Time ni rasa macam cuak gila nak kerja sebab aku sendiri pun tak confident dengan company yang aku kerja ni. So, aku slow-slow biasakan diri untuk terima hakikat. Bila kau kerja portal ni memang lain wei sebab kerja diaorang nak laju je sama macam dunia dan peredaran zaman sekarang ni. Tak tahan jugak asyik kena hentam je ngan mamat tu so aku amik keputusan untuk berhenti je since company dia pun macam kukuh tak kukuh je. 

Sebulan aku menganggur banyak kerja aku apply. Dalam masa yang sama aku tak nak cakap dengan mak ayah aku yang aku tak kerja lagi and berhenti keje sebab aku rasa kalau aku cakap memang confirm diaorang risau pasal aku. Dalam masa sebulan ni memang banyak gila aku diam wei. Kadang tak balik pun rumah mak & ayah and kalau takde duit pun memang telan jelah apa yang ada dekat rumah sewa tu.

Kat sini aku belajar erti kehidupan yang aku cari. Susah senang, jatuh bangun duduk aku sendiri and of course yang berada dengan aku setiap masa mesti lah sayang aku. hahaha (ayie) dari segi kewangan kami share. Memang susah tapi telan jelah nak buat macam mana kan.. 

Bulan January aku dapat invitation untuk sesi temuduga dekat I************* so, aku happy punya melompat wei! aku datang interview dengan gambar tak bawak. dengan resume tak complete bagai. haih.. Tapi yang pasti aku kena confident (Please jangan guna and buat macam ni kalau korang pergi interview) aku ni pun sebab last min dan aku sangat lah rasa macam huh kalau tak dapat memang padan muka sebab aku jenis sambil lewa kan.

Nak di pendekkan cerita Feb 2019 aku dah start kerja.

First task agak mencabar sebab first-first masuk aku dah kena handle untuk Pencarian Hos Mingguan Wanita. perhhhh time ni aku rasa macam nak tercabut kaki aku kerja. dengan balik lambatnya bagai. Tapi this is the way we work nk tak nak kena hadap iye sis. Kerja nak cari rezeki bukan semudah ABC. Alhamdulillah sekarang ni pun aku dah nak masuk 4 bulan dekat sini. Dengan team yang best and fun !

Banyak benda aku belajar dekat sini And of course jumpa benda-benda baharu. Wei, isu masyarakat memang paling sadis lah cite dia kalau kau kena turun assignment kan. apa pun majalah dengan news memang berbeza. Tpi takpelah sis dari kita biasa buat benda samakan apa kata kita buat benda yang luar biasa.

TEAM MATE semua baik-baik. Editor baik and of course kawan-kawan pun best. Jenis mendengar masalah dan boleh nak fixkan masalah together tapi budaya kerja kena faham kau kena play safe lah dengan kawan-kawan ni sebab bukan semua kawan-kawan kerja nak tengok kita dihadapan kan? so be professional in your career okay?!

Alhamdulillah sekarang masih bernafas dengan syarikat yang baharu dan of course sis rasa bangga sebab syarikat legend terima sis masuk dan berkerja dalam team yang legend ni.. Majalah yang mak-mak aku memang tengok, baca satu ketika dahulu..

End.










Saturday, January 19, 2019

Rindu Zaman Belajar

RINDUUUUUUUU


Kalau nak cerita macam mana aku rindu pasal zaman belajar. memang banyak sangat moment yang aku nak share. Tapi tulah bila zaman belajar pulak stress dengan class, quiz, assignment and exam. Rasa macam tak leh go on betul zaman tu.. Stress wei aku selalu nages sebab kadang tak boleh nak jawab exam. (nampak je ganas tapi sebenar sis ni cepat koyak) tapi tulah koyak-koyak sis pun memang jenis tak tunjuk kat orang lain.

Waktu diploma dlu macam tak rasa sangat sebab duduk dekat kan . so aku duduk ngan parents since macam banyak sangat masalah dekat umah sewa so aku decide untuk stay dengan rumah parents aku. Alah dekat je pun. Cheras-Bukit Antarabangsa. So, memang aku ulang alik jelah dari rumah. Bila dah masuk degree aku dapat Unisel, shah alam. Nak tak nak memang kena stay dekat Shah Alam sebab jauh kot nak ulang alik.

Dapatlah merasa duduk rumah sewa dengan kawan-kawan & dapat jugak merasa life duduk dekat shah alam. since aku memang macam bercita-cita sebenarnya nak duduk shah alam. Tahlah kenapa. Tapi aku suka environment dia. Zaman degree ni macam-macam aku explore means that aku kenal ramai kawan. aku make a friends dengan semua orang dan yang pasti aku suka amalkan sikap pegi mampus. walaupun zaman degree ni aku kena lagi teruk. bukan teruk apa. Teruk orang tak nak buat assignment bila aku mengamuk dia pegi cite kat orang aku ni macam bossy nak mampus & suka arah-arah orang? come on dowh.. kau yang tak buat assignment ending aku hantar sorang-sorang kot. lepas tu kau lepas tangan. bila aku cakap kat member kau. tau pulak panas hati. hahaha

Alah tapi kes gaduh-gaduh pasal assignment ni memang dah biasa dekat mana-mana universiti pun kan. so tak heranlah kalau ada sampai yang bertumbuk dan tak bertegur sapa. Dekat sini jugak nak nasihatkan adik-adik yang baru nak jejak alam universiti ni. Korang kalau baik dengan kawan tu janganlah terlalu rapat and sampai semua benda nak share sebab nanti takut gaduh semua benda dia duk jaja cerita kau kat orang. aku bukan jenis macam tu. I means kalau kau dah gaduh ngan aku. no points aku nk buruk-burukkan kau kat orang lain.

Zaman uni kau kena struggle sikit nak tak nak kau kena hadap. biarlah apa orang nak kata. Tapi yang pasti kau kejar pointer korang sampai orang yang duk kutuk kau dulu malu dengan korang. bukitkan kat diaorang yang kau boleh berjaya jugak tanpa musibat-musibat ni. Aku ada je pengalaman kawan baik yang aku anggap rapat dengan aku jenis talam dua muka. depan aku baik and dia pun acah-acah baik dengan tahlah malas nak cerita balik. Kalau cerita kang sakit pulak hati kita ni.


Zaman belajar ni memang banyak benda yang kau boleh buat. maksud aku macam banyak gila masa kau terluang so jangan sia-siakannya. sebab aku rasa kalau kau tak cari or isi masa kekosongan ni kau akan tinggal jauh dan kau takkan rasa macam mana nikmat seorang pelajar yang belajar di universiti. Serious wei, tak rindu ke nak buat event ramai-ramai? tak rindu nak study group sehari sebelum exam? Ni semua kenangan indah yang aku rasa macam tak dapat nak cari dekat mana-mana sebab moment ni bukan boleh beli dengan duit iye adik-adik. Ni kau kena cari sendiri dan kau kena rasa macam mana happy and rindunya nanti kalian kalau dah habis belajar.

Seminggu before aku intern aku duduk lama dekat spot fav aku which is library, cafe and dkt ruangan membaca area dalam uni aku. Serious wey aku boleh lepak tanpa buat apa-apa dan tengok budak-budak first year rushing pergi kelas and ada yang sembang-sembang dengan member lepas class, makan and etc. Sumpah rindu tapi nak buat macam mana takkan aku nak stay lagi kan? masa aku dah tamat so aku kena chow angkat kaki lah. Tapi serious wei zaman belajar ni zaman yang aku rasa memang paling berharga dalam hidup aku. sebab zaman ni kita akan tahu macam mana erti pengorbanan seorang ibu dan bapa dan diri sendiri.

Zaman belajar ni jugak kau akan fikir soal masa depan kau yang kau sendiri tak tahu macam mana. Tah lah bagi aku zaman ni memang hati korang berbelah bahagi dowh. mana nak fikir pasal boyfriend and mana nak fikir pasal assignment, final exam and etc. sumpah memang serabut sebenarnya tapi bila dah lama-lama tu rasa macam tah lah. biasa je. rindu pun ada jugak nak rasa diri serabut macam zaman belajar dlu. hahaha

Bagi adik adik yang belajar lagi tu. serious wei korang jangan sia-siakan zaman belajar korang. kalau ada masa join je apa yang korang nak join club kat uni korang tu sebab benda-benda ni yang meninggalkan kenangan yang korang takkan boleh cari dekat mana-mana. be happy enjoy your study life!


the end