Thursday, May 9, 2019

Ramadhan!

Alhamdulillah...........

Fuh!!!!!!!!! Lama rasanya aku tak update pape since busy sangat sangat.. kerja yang menimbun everyday and of course banyak sangat nak kena prepare untuk hari dan masa yang mendatang. Kehidupan selepas berkerja memang jauh busy dari kau lepak dekat rumah & chilling macam takde apa-apa yang berlaku.

Walaupun aku lambat nak wish korang ramadhan ini aku nak jugak wish (feeling feeling retis) Apa pun dia ucapkan semoga Ramadhan kali ini memberikan kita semua 10001 erti keinsafan dan fokus pada amal ibadah. Insyallah kalau panjang umur kita jumpa di Ramadhan yang akan datang dan insyallah di bulan Syawal yang indah nanti.

Bila bulan puasa ni banyak benda kena cepat sebab nak berbukalah apalah kan. So, apa pun sis kena ready awal. Disebabkan kerja aku ni tak kira masa, tempat dan ketika so aku kenalah push button standby untuk melaksanakan segala tugasan yang ada ni. Banyak sebenarnya aku nak share. Tapi tulah takut muntah plak kalau nak share pasal kerja je kan?


Di bulan Ramadhan tahun ni aku tak berkesempatan pun nak berbuka puasa bersama mak & ayah sebab first puasa tu dah kena prepare kerja yang akan dibuat nanti. disebabkan aku malas and takut kalau tak kejar dateline so memang aku siapkan segala kerja dengan cepat dan aku ready awal2 benda dan kerja aku untuk esoknya.

Dengar dan tengok kerja aku macam mudah tapi tuhan sahaja yang tahu renyah dia kan? Okay cukuplah bercerita soal kerja. Di office aku, memang akan ada sediakan juadah berbuka puasa untuk staff. yang ni memang baik hati sungguh office aku. siap readykan makanan berbuka untuk staff. Masyallah Murah rezeki boss aku.

Sedih sikit Ramadhan kali ini bagi aku sebab tak boleh nak spend time dengan mak and ayah. Selalu ramadhan tahun-tahun lepas sebab aku tak kerja lagi kan. so memang most all iftar memang berbuka dengan mak & ayah. Rindu nak jadi kecik balik lah . senang nak berkepit dengan mak ayah. Lagi-lagi kerja aku yang tak menentu dek masa ni. Kadang-kadang ada je kena pergi sanalah-sinilah. Tu yang mak slalu pesan kat aku "haih macam manalah kau ni boleh jadi wartawan?" 

Hahah!

Apa pun selamat berbuka puasa dan selamat menjalani ibadah puasa !

(time aku tulis ni dah nak berbuka)

The end..

1 comment:

  1. mudah-mudahan dapat berbuka dengan family nnt. selamat berpuasaaaa

    ReplyDelete