Saturday, January 19, 2019

Rindu Zaman Belajar

RINDUUUUUUUU


Kalau nak cerita macam mana aku rindu pasal zaman belajar. memang banyak sangat moment yang aku nak share. Tapi tulah bila zaman belajar pulak stress dengan class, quiz, assignment and exam. Rasa macam tak leh go on betul zaman tu.. Stress wei aku selalu nages sebab kadang tak boleh nak jawab exam. (nampak je ganas tapi sebenar sis ni cepat koyak) tapi tulah koyak-koyak sis pun memang jenis tak tunjuk kat orang lain.

Waktu diploma dlu macam tak rasa sangat sebab duduk dekat kan . so aku duduk ngan parents since macam banyak sangat masalah dekat umah sewa so aku decide untuk stay dengan rumah parents aku. Alah dekat je pun. Cheras-Bukit Antarabangsa. So, memang aku ulang alik jelah dari rumah. Bila dah masuk degree aku dapat Unisel, shah alam. Nak tak nak memang kena stay dekat Shah Alam sebab jauh kot nak ulang alik.

Dapatlah merasa duduk rumah sewa dengan kawan-kawan & dapat jugak merasa life duduk dekat shah alam. since aku memang macam bercita-cita sebenarnya nak duduk shah alam. Tahlah kenapa. Tapi aku suka environment dia. Zaman degree ni macam-macam aku explore means that aku kenal ramai kawan. aku make a friends dengan semua orang dan yang pasti aku suka amalkan sikap pegi mampus. walaupun zaman degree ni aku kena lagi teruk. bukan teruk apa. Teruk orang tak nak buat assignment bila aku mengamuk dia pegi cite kat orang aku ni macam bossy nak mampus & suka arah-arah orang? come on dowh.. kau yang tak buat assignment ending aku hantar sorang-sorang kot. lepas tu kau lepas tangan. bila aku cakap kat member kau. tau pulak panas hati. hahaha

Alah tapi kes gaduh-gaduh pasal assignment ni memang dah biasa dekat mana-mana universiti pun kan. so tak heranlah kalau ada sampai yang bertumbuk dan tak bertegur sapa. Dekat sini jugak nak nasihatkan adik-adik yang baru nak jejak alam universiti ni. Korang kalau baik dengan kawan tu janganlah terlalu rapat and sampai semua benda nak share sebab nanti takut gaduh semua benda dia duk jaja cerita kau kat orang. aku bukan jenis macam tu. I means kalau kau dah gaduh ngan aku. no points aku nk buruk-burukkan kau kat orang lain.

Zaman uni kau kena struggle sikit nak tak nak kau kena hadap. biarlah apa orang nak kata. Tapi yang pasti kau kejar pointer korang sampai orang yang duk kutuk kau dulu malu dengan korang. bukitkan kat diaorang yang kau boleh berjaya jugak tanpa musibat-musibat ni. Aku ada je pengalaman kawan baik yang aku anggap rapat dengan aku jenis talam dua muka. depan aku baik and dia pun acah-acah baik dengan tahlah malas nak cerita balik. Kalau cerita kang sakit pulak hati kita ni.


Zaman belajar ni memang banyak benda yang kau boleh buat. maksud aku macam banyak gila masa kau terluang so jangan sia-siakannya. sebab aku rasa kalau kau tak cari or isi masa kekosongan ni kau akan tinggal jauh dan kau takkan rasa macam mana nikmat seorang pelajar yang belajar di universiti. Serious wei, tak rindu ke nak buat event ramai-ramai? tak rindu nak study group sehari sebelum exam? Ni semua kenangan indah yang aku rasa macam tak dapat nak cari dekat mana-mana sebab moment ni bukan boleh beli dengan duit iye adik-adik. Ni kau kena cari sendiri dan kau kena rasa macam mana happy and rindunya nanti kalian kalau dah habis belajar.

Seminggu before aku intern aku duduk lama dekat spot fav aku which is library, cafe and dkt ruangan membaca area dalam uni aku. Serious wey aku boleh lepak tanpa buat apa-apa dan tengok budak-budak first year rushing pergi kelas and ada yang sembang-sembang dengan member lepas class, makan and etc. Sumpah rindu tapi nak buat macam mana takkan aku nak stay lagi kan? masa aku dah tamat so aku kena chow angkat kaki lah. Tapi serious wei zaman belajar ni zaman yang aku rasa memang paling berharga dalam hidup aku. sebab zaman ni kita akan tahu macam mana erti pengorbanan seorang ibu dan bapa dan diri sendiri.

Zaman belajar ni jugak kau akan fikir soal masa depan kau yang kau sendiri tak tahu macam mana. Tah lah bagi aku zaman ni memang hati korang berbelah bahagi dowh. mana nak fikir pasal boyfriend and mana nak fikir pasal assignment, final exam and etc. sumpah memang serabut sebenarnya tapi bila dah lama-lama tu rasa macam tah lah. biasa je. rindu pun ada jugak nak rasa diri serabut macam zaman belajar dlu. hahaha

Bagi adik adik yang belajar lagi tu. serious wei korang jangan sia-siakan zaman belajar korang. kalau ada masa join je apa yang korang nak join club kat uni korang tu sebab benda-benda ni yang meninggalkan kenangan yang korang takkan boleh cari dekat mana-mana. be happy enjoy your study life!


the end

No comments:

Post a Comment