Thursday, November 29, 2018

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (kepujian) Kewartawana

Yeay! 

Syukur ke hadrat Illahi sebab bagi aku peluang untuk rasa macam mana convo be like and macam mana sukanya hati aku bila tengok mak and ayah suka bila aku cakap aku dah boleh convo and bg card invitation untuk hadir ke majlis convocation aku.

Terima kasih di kesempatan ini Ya Tuhan sebab beri aku peluang untuk tgk mak and ayah aku sentiasa berada disini.. (Jangan tulis banyak-banyak nanti berjurai air mata tak tahan sebak). Sepanjang perjalanan pembelajaran aku dekat Unisel ni banyak sebenarnya susah payah, jerih perit aku nak habiskan semester terakhir dengan apa yang aku lalui.. Well, degree ni memang ajar aku bebetul jadi seorang manusia yang kena sabar dan jangan mudah putus asa walau apa pun dugaan yang datang. 

Iye ! bila aku ambil keputusan untuk sambung study aku rasa mcam rugi at first sebab yelah kawan-kawan aku semua sibuk dah kahwin, ada anak and ada yang dah bertambah anak and yang paling best ada yang dah kerja best-best and boleh beli apa yang diaorang.. Tapi bila aku amik keputusan untuk sambung belajar aku rasa macam hmmmm.. (boleh ke aku bawak ni, boleh ke itu dan ini) Banyak sebenarnya soalan yang bermain dekat minda aku sampai aku dah rimas and aku cakap kat diri aku yang apa pun yang aku buat sekarang ni semua atas kehendak aku dan tiada siapa boleh halang melainkan diri aku sendiri. 

Kalau nak cerita kisah perjuangan degree aku ni memang takkan tercerita sebab banyak sangat benda yang aku rasa aku lalui yang aku sendiri tak percaya yang aku mampu lalui semua benda ni.. Memang bagi aku bila aku sambung degree ni banyak benda yang mencabar aku.. dan dah berapa kali aku nak ambil keputusan untuk berhenti belajar tapi akak aku banyak bagi dorongan dekat aku.. hmm. sedih sebenarnya klau nak cerita sebab apa yang alami memang bebetul sedih. aku pasti setiap seorang dari kita mesti akan ada moment sedih sepanjang belajar kan? so biarlah aku simpan susah payah aku ni buat jadi penguat untuk dimasa hadapan. 

Apa pun aku nak berterima kasih dekat mak and ayah sebab banyak beri sokongan dekat aku terutamanya dari segi moral and financial. Ayah who the one yang banyak membanting tulang mencari rezeki untuk besarkan adik beradik aku supaya jadi manusia yang berguna di masa akan datang. Yes! tak tipu weyh, kadang sedih nak mintak duit kat ayah sedangkan ayah sendiri nak makan untuk dia sendiri pun kena catu. MEMANG mencabar bila mak ayah ada masalah financial anak masih teruskan pembelajaran untuk kejar cita-cita. 

mak dan ayah lah yang banyak berkorban untuk aku sehingga aku berjaya hari ini. Thanks mak & ayah.. 

Terima kasih jugak dekat semua lecturer yang bertanggungjawab dalam memberikan dan mencurahkan ilmu kepada aku dan rakan-rakan and to all my friends. terima kasih sebab sudi dengar keluhan, meratap menangis sama-sama bila tak siap assignment and tasks lain. haha.. dan terima kasih yang tidak ternilai kepada ZA yang banyak mendukung setiap keputusan dan banyak jugak bagi sumbangan akhirat kepada aku.. thanks sayang ! <3 p="">





I'm Officially Graduated! 







No comments:

Post a Comment