Saturday, September 29, 2018

Sayonara Utusan

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih di atas tunjuk ajar dan semualah kepada member-member team intern yang ending tinggal aku sorang je yang intern kat sana sebab semua habis awal. Rindu korang and aku rindu nak lepak sesama korang bila time nak lunch and nak makan or meng-ngeteh lepas ketuk story.

Maaf sebab posting ni lama sangat amik masa sebab aku busy dengan kerja-kerja yang mana memerlukan perhatian aku. so aku hold kisah suka duka aku dekat Utusan ni. (konon nak amik mood nak menulis). hahaha



Utusan Malaysia salah satu organisasi yang gah di persada dunia kewartawanaan malaysia. Tipu kalau kau tak kenal Utusan sebab utusan ni famous kot dari zaman sebelum merdeka surat khabar dia dah keluar tapi zaman sebelum merdeka tu cetakan dalam tulisan jawi. Kenapa aku pilih Utusan sebab utusan ni legend kot. Kau pegi mana-mana sebut nama Utusan memang jarang lah orang tak kenal terutama sekali bagi peminat tegar yang membaca Utusan macam golongan-golongan veteran ni. Memang diaorang minat sangat Utusan sebab Utusan jarang keluar berita bodoh-bodoh dan selalunya akan keluar berita berkaitan politik dan masalah dalaman negara. Yes! aku pun memang yakin dengan Utusan sebab aku salah satu pembaca surat khabar Utusan dari aku kecik. Umur aku dalam 10-12 tahun macam tu. Zaman tu bila aku dengar mak ayah aku sembang politik memang aku akan cari surat khabar nak tahu lebih lanjut apa yang mak ayah aku cerita pasal politik. hahaha sampai macam tu kan? Yes!

Report Duty pada hari pertama di Utusan memang aku seram sikit sebab environment serious dan aku di tempatkan di meja berita yang mana major desk dalam Utusan. Cuak lah wei.. kau kena deal dengan senior-senior yang mana kalau kau tengok diaorang dah macam mak-mak and ayah ayah kita dah. aku takut kalau aku salah tulis ke, idea aku tak cukup bernas untuk mereka nak paparkan di dada-dada akhbar dan sebagainya. tapi Allah permudahkan aku sebab dapat jumpa akak-akak senior yang baik and abg-abg senior yang membantu dalam menyelesaikan assignment yang diberi. (Tipulah klau aku cakap semua baik. Ada jugak mulut mcm !@#$%^& tapi aku rasa tak menghalang or ganggu aku pun untuk settlekan intern aku dan chow).

Apa pun aku just nak ucap terima kasih kepada SV aku Encik Herman yang banyak bagi tunjuk ajar and senior-senior kat sana yang selalu tegur kalau aku ada buat silap ke apa. Apa pun terima kasih lah bagi teguran yang membina semangat dan bagi teguran yang mcm bullshit terima kasih jugak sebab dah menghiburkan hari-hari sis.


Apa pun yang berlaku di Utusan aku harap satu hari nanti aku boleh mengorak langkah kerjayaan aku dalam bidang kewartawanaan ni bersama Utusan sebab wei sayang kot Utusan. sebab utusan ni antara newspaper yang memperjuangkan islam, budaya dan sebagainya. Orang legend je baca utusan tapi kena faham siapa yang legend tu? aku sayang utusan ni sebab pengalaman yang aku cari ada kat sini dan bahasa dia Ya ampun kalau kau dduk di utusan memang akan terus jatuh cinta dengan bidang penulisan di Utusan ni.

Terima Kasih Utusan !

to all editorial team i miss you so much
<3 p="">
news desk team. (senior-senior and all the editors)

takkan lah takde gambar depan Utusan kan? !
<3 p="">

No comments:

Post a Comment