Saturday, January 19, 2019

Rindu Zaman Belajar

RINDUUUUUUUU


Kalau nak cerita macam mana aku rindu pasal zaman belajar. memang banyak sangat moment yang aku nak share. Tapi tulah bila zaman belajar pulak stress dengan class, quiz, assignment and exam. Rasa macam tak leh go on betul zaman tu.. Stress wei aku selalu nages sebab kadang tak boleh nak jawab exam. (nampak je ganas tapi sebenar sis ni cepat koyak) tapi tulah koyak-koyak sis pun memang jenis tak tunjuk kat orang lain.

Waktu diploma dlu macam tak rasa sangat sebab duduk dekat kan . so aku duduk ngan parents since macam banyak sangat masalah dekat umah sewa so aku decide untuk stay dengan rumah parents aku. Alah dekat je pun. Cheras-Bukit Antarabangsa. So, memang aku ulang alik jelah dari rumah. Bila dah masuk degree aku dapat Unisel, shah alam. Nak tak nak memang kena stay dekat Shah Alam sebab jauh kot nak ulang alik.

Dapatlah merasa duduk rumah sewa dengan kawan-kawan & dapat jugak merasa life duduk dekat shah alam. since aku memang macam bercita-cita sebenarnya nak duduk shah alam. Tahlah kenapa. Tapi aku suka environment dia. Zaman degree ni macam-macam aku explore means that aku kenal ramai kawan. aku make a friends dengan semua orang dan yang pasti aku suka amalkan sikap pegi mampus. walaupun zaman degree ni aku kena lagi teruk. bukan teruk apa. Teruk orang tak nak buat assignment bila aku mengamuk dia pegi cite kat orang aku ni macam bossy nak mampus & suka arah-arah orang? come on dowh.. kau yang tak buat assignment ending aku hantar sorang-sorang kot. lepas tu kau lepas tangan. bila aku cakap kat member kau. tau pulak panas hati. hahaha

Alah tapi kes gaduh-gaduh pasal assignment ni memang dah biasa dekat mana-mana universiti pun kan. so tak heranlah kalau ada sampai yang bertumbuk dan tak bertegur sapa. Dekat sini jugak nak nasihatkan adik-adik yang baru nak jejak alam universiti ni. Korang kalau baik dengan kawan tu janganlah terlalu rapat and sampai semua benda nak share sebab nanti takut gaduh semua benda dia duk jaja cerita kau kat orang. aku bukan jenis macam tu. I means kalau kau dah gaduh ngan aku. no points aku nk buruk-burukkan kau kat orang lain.

Zaman uni kau kena struggle sikit nak tak nak kau kena hadap. biarlah apa orang nak kata. Tapi yang pasti kau kejar pointer korang sampai orang yang duk kutuk kau dulu malu dengan korang. bukitkan kat diaorang yang kau boleh berjaya jugak tanpa musibat-musibat ni. Aku ada je pengalaman kawan baik yang aku anggap rapat dengan aku jenis talam dua muka. depan aku baik and dia pun acah-acah baik dengan tahlah malas nak cerita balik. Kalau cerita kang sakit pulak hati kita ni.


Zaman belajar ni memang banyak benda yang kau boleh buat. maksud aku macam banyak gila masa kau terluang so jangan sia-siakannya. sebab aku rasa kalau kau tak cari or isi masa kekosongan ni kau akan tinggal jauh dan kau takkan rasa macam mana nikmat seorang pelajar yang belajar di universiti. Serious wei, tak rindu ke nak buat event ramai-ramai? tak rindu nak study group sehari sebelum exam? Ni semua kenangan indah yang aku rasa macam tak dapat nak cari dekat mana-mana sebab moment ni bukan boleh beli dengan duit iye adik-adik. Ni kau kena cari sendiri dan kau kena rasa macam mana happy and rindunya nanti kalian kalau dah habis belajar.

Seminggu before aku intern aku duduk lama dekat spot fav aku which is library, cafe and dkt ruangan membaca area dalam uni aku. Serious wey aku boleh lepak tanpa buat apa-apa dan tengok budak-budak first year rushing pergi kelas and ada yang sembang-sembang dengan member lepas class, makan and etc. Sumpah rindu tapi nak buat macam mana takkan aku nak stay lagi kan? masa aku dah tamat so aku kena chow angkat kaki lah. Tapi serious wei zaman belajar ni zaman yang aku rasa memang paling berharga dalam hidup aku. sebab zaman ni kita akan tahu macam mana erti pengorbanan seorang ibu dan bapa dan diri sendiri.

Zaman belajar ni jugak kau akan fikir soal masa depan kau yang kau sendiri tak tahu macam mana. Tah lah bagi aku zaman ni memang hati korang berbelah bahagi dowh. mana nak fikir pasal boyfriend and mana nak fikir pasal assignment, final exam and etc. sumpah memang serabut sebenarnya tapi bila dah lama-lama tu rasa macam tah lah. biasa je. rindu pun ada jugak nak rasa diri serabut macam zaman belajar dlu. hahaha

Bagi adik adik yang belajar lagi tu. serious wei korang jangan sia-siakan zaman belajar korang. kalau ada masa join je apa yang korang nak join club kat uni korang tu sebab benda-benda ni yang meninggalkan kenangan yang korang takkan boleh cari dekat mana-mana. be happy enjoy your study life!


the end

Friday, January 18, 2019

Dalam Bercinta Kan Orang Kata Semua Benda Manis Belaka?

Salam,

Sebenarnya memang betul orang kata kalau tengah bercinta semua benda jadi indah belaka. Sampai kau rasa macam kentut tu pun wangi. Rasa pelikkan? tapi tu dululah time aku tak jumpa orang yang aku sayang. I means dlu rasa macam betul ke semua orang yang tengah dilambung cinta rasa macam tu?

Fyi, This year dah empat tahun which is means tahun ke empat kami bersama. Through up & down sumpah banyak gila cabaran yang kena harungi and kena hadapi dengan hati yang tenang dah ikhlas. Takde lah nak bagi tips ke apa tapi rasa macam sayang tu memang makin bertambah walaupun kadang gaduh rasa macam nak humban je mamat ni dari tingkap kereta. hahaha

Dalam banyak-banyak benda yang kitaorang pernah lalui bersama aku rasa moment yang paling sweet when he ask me either aku ni bahagia ke tak dengan dia sebab kadang manusia ni ada turun naik kan? so kalau ada turun naik tu biasalah. Bila turun tu memang selalu muhasabah diri tapi bila dekat atas memang rasa macam hah aku lah raja.

Tahun pertama kenal tu rasa macam biasalah terlebih excited sampai semua dekat kawan-kawan aku, aku cerita pasal dia ni. I means he was so responsibility on me and my family. Dia tak kekok nak bawak aku jumpa parents dia and dia tak kekok bila dalam gathering family aku. Since i was the younger so memang kena bertabahlah dengan perangai aku yang kadang-kadang annoying dan kadang aku sendiri pun rasa annoyed dengan perangai aku. Tahun pertama ni boleh dikatakan semua benda rasa macam indah je. semua benda rasa macam bestnya bercinta ni. Bila masuk tahun ke dua baru tahu macam mana relationship tu berfungsi.

Tahun kedua which is tahun yang mana kami dilanda kesusahan financial yang merundum teruk sampai dua dua jenis memang pokai habis. So, aku rasa time ni Allah nak uji kitaorang duaorang boleh bertahan ke atau tak. So, aku rasa mcm takde pape sangat sebab you know each other banyak bagi moral support and of course cari jalan macam mana nak keluar dari belengu ini. So, kat sini aku boleh nampak yang dia ni seorang responsibility on me and of course dia selalu kata macam "aku lelaki so tanggungjawab lebih kepada menjaga dan protect kau", huh. nampak lah kematangan dia tu. so aku rasa mcam safe bila dengan dia. no matter what.

Tahun ketiga macam dah kuat sikit relationship kitaorang. Apa pun jadi we stick with each others. still bawak lagi jumpa parents nak bagi serasi and of course dah tahun ke tiga ni baru nampak serious nak cakap pasal soal kahwin. I means before this adalah plan tapi rasa macam awal lagi and we need to know each others in and out. So, tahun ketiga ni rasa macam dah boleh nak focus untuk future.

Sebenarnya kalau cakap pasal relationship ni untuk jaga relationship and build a good relationship with your partner is "communication" serious benda ni sangat sangat membantu. Ada apa pun tolong jangan simpan sampai berhari-hari. kalau boleh ada masalah terus refer dengan your partner. Sebab kalau kita tak ikhlas macam rosakkan hari-hari yang mendatang dan ini boleh membahayakan relationship korang.

Walaupun selalu ada pergaduhan kecil mahupun besar, call, tanya each others tu tak pernah tinggal. Kadang rasa macam takut je nak ganggu dia sebab aku faham bf aku ni jenis suka berkerja. i means dia memang suka penatkan badan sendiri and fullkan schedule dia dengan hobi-hobi motor dia tu (Sama macam abg aku). Tapi aku rasa macam tak kesahlah asal aku dah update dengan dia apa benda yang dia buat haritu and tanya dah makan ke belum and etc.

Tahun ke empat rasa macam, banyak benda dah faham pasal perangai masing-masing and now kitaorang tengah mengumpul nak kahwin. So, insyallah dalam tahun ni kalau ada rezeki memang akan ke next step closerlah. sebab mak ayah dua-dua pun dah tanya. So, rasanya macam dah lama sangat ni kenal hati budi masing-masing. Since all my family members pun dah tahu dia mcam mana and dah serasi dengan dia. sebab dia pun jenis family oriented which is a good family man.

Tapi tipulah kalau kata semua benda dalam sepanjang 4 tahun tu semua benda maniskan? ada je yang perosak datang secara titiba dan pedengki yang entah datang dari mana. Tapi who cares? kalau kau tahu batas diri kau kat mana.

notes:

Lelaki kalau dia serious bukan takat serious biasa je. Kalau dia ada effort nak jumpa mak ayah kau & dah berani nak discuss pasal kahwin dengan mak ayah kau and mak ayah dia and yes he the truly men in the world yang nak buat kau isteri dia. Kalau hanya sekadar berkata-kata manis. lupakan sahaja.


Apa pun doakan yang baik-baik bagi kami sebab kadang kita tahu apa yang kita rancang ni semua Allah yang tentukan.

Ameen

Pengalaman mencari kerjaya sebagai seorang wartawan

Dear readers,

Rasanya dah lama nak share dekat semua orang apa yang aku kejar dan nak sangat dalam hidup aku.. Betullah orang kata "kadang-kadang apa yang kita belajar tak semestinya nanti kalau dah habis belajar kita akan kerja dalam bidang yang kita belaja tu", aku dengar ayat ini ulang kali dari aku start zaman diploma aku sampai aku habis degree aku.

Aku kecewa sebenarnya dengan peluang pekerjaan yang aku dapat selepas aku tamatkan pengajian aku time diploma dlu. Aku tak dapat kerja yang aku nak & of course aku rasa macam looser gila time tu sebab kawan-kawan aku semua dapat kerja bagus-bagus and semua jenis show off dekat socmed apa yang diaorang ada. sedangkan aku still stuck dekat sini yang mana still mencari kerja. aku kayuh and cari pengalaman selama setahun setengah dalam bidang "pengurusan sumber manusia" and yet memang betullah bukan minat aku..

2015 aku decide untuk resign and aku sambung belajar. Tapi time ni to be honest aku tak tahu apa benda yang aku plan dalam hidup aku. Everyday aku nages sebab aku rasa macam aku gagal nak corak and ubah masa depan aku macam kawan-kawan aku yang lain. habis diploma kerja and stay dekat company best-best. Time tu rasa macam tak bersyukur sangat dengan apa yang Allah bagi. seriously, every aku keep complain kenapa itu dan ini.

Aku masuk belajar dekat Unisel memang time ni aku rasa macam nak sambung dalam bidang lama aku. "pengurusan sumber manusia", tapi bila fikir balik and aku nk cabar diri aku. aku tengok blog aku lama-lama aku tanya. apa aku nk jadi lepas ni? so aku resign tanpa hala tuju aku teruskan melangkah je time tu. aku niat dalam hati "takpelah kita ikut je kaki ni mana nak pegi" tapi rasa macam takut tau. sebab aku takut aku buat keputusan yang salah untuk masa depan aku and bakal merosakkan ia kelak.

Journalism ni aku rasa macam dah jadi sebahagian dalam hidup aku. Aku start dengan menulis blog. aku tak tau aku nk kerja apa dan time nak sambung study tu aku refer minat aku. aku kaji apa yang aku boleh buat dengan penulisan ni. Selama ni banyak je blogger-blogger yang dah berjaya & of course diaorang memang dah kaya raya dengan hanya penghasilan penulisan mereka.

Aku tekad and aku memang berusaha sangat-sangat nak habiskan degree aku dalam journalism ni. Tapi ada masa yang kita merancang tuhan je yang tentukan. selama aku study banyak kali aku nk berhenti belajar sebab ada masalh kewangan keluarga yang memang secara titiba. aku dah pening nak fikirkan semua benda ni sampai aku cakap dengan akak aku. "takpelah mungkin takde rezeki aku nak sambung cita-cita aku", tapi akak aku keep cakap "jangan berhenti sayang dah sekerat jalan",

Lama aku fikir.... serious lama. sampai aku sanggup buat 2 3 kerja dalam satu masa semata-mata nak tampung perbelanjaan aku and segala macam kejadah benda yang aku kena spend. aku tahu setiap orang ada kisah sedih and benda yang paling sedih yang kau orang penah harungi. Tapi percayalah setiap apa yang berlaku mesti Allah akan balas dengan something yang tak ternilai dan kau sendiri takkan percaya dengan rezeki Allah itu.

Zaman belajar aku boleh dikatakan tak best sebab aku banyak terikat dengan kelas, kerja & kelab dan persatuaan. tahun ke dua aku lepaskan dengan rela hati jawatan aku dekat kelab dan persatuaan sebab aku dah tak boleh nak commit sangat-sangat. Time ni dengan kerjanya and masa belajar aku pun dah kurang. so pointer aku memang merundum terus. tapi apa kan daya aku hanya boleh janjikan kelulusah sahaja dekat mak ayah aku sebab time ni memang dah tak boleh bahagikan tenaga aku mana dengan kerja dan pembelajaran aku.

Aku habis on track alhamdulillah habis jugak sebab aku dah target yang aku tak nak repeat semester ataupun kena stay dekat Unisel tu lama-lama. Alhamdulillah no repeat & no extend semester. Habis degree memang melilau aku cari kerja sana sini sebab aku rasa macam kena cari aku tak nak menganggur macam zaman diploma dlu. (konon nak berehat tapi padahal memang pemalas nak kerja hahah)

Nak cari kerja dalam bidang media bukan mudah and bukan susah. Apa yang perlu kau buat hanya terus mencari kot kot jumpa bidang yang belajar dan kau minat nak kerja dengan organisasi yang berkaitan. Yes! jiwa kena kental hati kena tenang.

Lama juga aku keje merepek sebab dalam kepala aku "biarlah asalkan aku ada duit belanja nak makan & nk gerak sana sini", memang susah kalau sampai kau dah fikir kerja apa-apa pun takpe nampak macam kau dah putus asa kan? aku sendiri pernah putus asa nak cari kerja dalam bidang media ni. Bukan apa, takut sangat kalau aku tak cukup fit and knowledge aku tak berapa nak tebal nak duduk dalam bidang ni.

Dulu aku kata aku benci hiburan. aku try hiburan untuk tengok macam mana feedback dia. "best tapi memang kerja banyak sebab setiap hari ada je gossip pasal artis yang kau kena tulis." Yang ni macam dah lari bidang sikit. Dalam sepanjang perjalanan aku mencari kerja dalam bidang ini memang macam-macam orang aku jumpa. JUMPA orang yang busuk hati dan jumpa orang yang suruh aku langgar etika kewartawanan aku. "ini fuck off". aku takkan tulis berita fake or berita yang boleh merosakkan orang lain sebab tangan yang menulis benda-benda tak benar insyallah senang je nak heret bawak masuk neraka.


Alhamdulillah hasil penantian lama aku tunggu untuk berkerja dan berkarya dalam company yang gah dan bagus alhamdulillah dapat juga. Allah maha memberi dan sangat pemurah. terima kasih sebab dah jumpakan aku dengan pelbagai jenis manusia & of course ragam yang bermacam-macam.





Bila dah Besar Baru Tahu Yang Function Kawan Ni Tak Guna

Salam,

Sebenarnya dalam kehidupan kita seorang kawan adalah antara mereka yang boleh dikatakan rapat dan mempunyai segala pengetahuan tentang kita lebih dari ibu ayah dan ahli keluarga sendiri. Tapi sejak sis dah habis sekolah dan dah menjangkau alam pekerjaan sis rasa sahabat ni hanya sekadar untuk berkawan dan bukan berkongsi segala-galanya.

Tak percaya?
I used to remove all toxic people in My life. Serious sampai kadang rasa sunyi plak takde orang nak game sis, takde orang nak mengumpat sis dan takde orang nak kutuk sis. Tapi nak buat macam mana untuk teruskan kehidupan yang sihat dan positif sis perlu teruskan dengan sikap pergi mampus ni. Kalau nak cerita macam mana benda ni semua boleh terjadi, tapi sis rasa macam dah lama sangat dan macam dah lapok je cerita sis ni. Biarlah sis sorang je yang tahu asalkan sis bahagia dengan kehidupan sis sekarang.

Bagi sis, kawan ni bagus sebenarnya kalau pandai pilih. Maksud kawan yang tak tikam kau, yang tak amik kesempatan atas diri kau dan yang paling utama sentiasa menjaga aib kau bila mana ada orang yang kutuk dan cakap buruk pasal kau. Ni penting sebenarnya sebab dari situ kita boleh lihat kejujuran dan keikhlasan seorang sahabat.

Mungkin sis dah trauma dengan kawan-kawan sis yang suka cari sis bila susah dan suka kutuk sis bila belakang sis. memang sis rasa semua orang akan ada pengalaman macam ni kan? tapi tulah bukan semua orang boleh accept and let it go macam angin yang berlalu pergi. Susah tau kalau kau percaya kawan baik kau 100% lepas dia buat kau macam apa je. Haih, aku ni makan hati dah nak dekat 10 tahun aku diam je. sebab aku rasa macam takde keperluaan aku nak bercerita. Tapi hari ini aku macam terpanggil nak bercerita. Setelah 10 tahun diam.

Kalau nak ikutkan hati ni memang sedih wei. sebab sekarang kawan-kawan baik sis semua dah jadi macam stranger. which is kitaorang dah tak contact langsung each other and buat macam takde pape dengan life masing-masing. and yet ada yang dah kahwin ada anak , ada yang tgh in relationship smpai ke tua macam sis ni ha (tah bila tah nak kahwin) & ada yang dah putus kawan dan memang tak nak amik port langsung. Bagi aku macam biasalah kawan-kawan takkan nak kena selalu contact kan? semua orang ada hal masing-masing. Lagi-lagi bila kau dah besar ni.

Kisah lama ni macam banyak ajar aku supaya lebih berhati-hati nak pilih kawan. Sebab kadang ada yang suka tengok kau jatuh. Tipu aku kata aku ni jenis tak suka tengok kawan-kawan berjaya. serious wei, aku ni jenis tengok kawan-kawan berjaya jadi macam mata masuk habuk. jenis cepat koyak sebab aku ada dengan kawan-kawan aku bila time diaorang susah. Bila dah berjaya terus lupa aku macam strangers.

Tulah orang kata dalam setiap relationship tak kisahlah kawan ke, serious relationship with you men or women "communication" is the key. kau hilang kata kunci ni memang ikatan yang kau dah jalin bertahun-tahun akan jadi macam debu dan angin yang hilang berterbangan. Mungkin ada salah aku, dan mungkin banyak salah kawan-kawan aku sebab diaorang tak tanya aku okay ke tak? aku diam dekat 5 tahun macam tu. everyday aku selalu fikir pasal ex bff aku. macam mana diaorang belajar? okay ke tak? kawen tu ada anak sakit tak beranak? okay ke dia ngan laki dia? bla bla bla. Tapi kalau kau amik port pun bukan diaorang nak tahu pasal diri aku pun. macam aku ni meraih simpati diaorang pulak.

So, bila aku dah nak start sambung degree tu aku dah stop thinking pasal ex bff aku ni. adalah contact sorang ni. Tapi dia pun aku rasa jenis yang suka sebarkan aib aku kat semua orang lepas tu bila depan aku tak mengaku apa yang dia dah buat & dia pegi tuduh orang lain. dari apa yang aku dah detect banyak benda kantoi. Tapi bila aku ngadu kat bf aku macam biasalah mesti dia akan marah aku balik & cakap aku terlalu nak amik tahu pasal diaorang sedangkan diaorang tak nak pun amik tahu pasal aku.

Sebenarnya susah jadi aku ni. Nak cerita dekat sini kang diaorang tak faham siap kena marah lagi & ada pulak yang tuduh aku ni suka fikir negative dekat orang. hmmm. so aku amik keputusan untuk diam jelah. Simpan dan pendam dalam hati. Dah 10 tahun ni rasa macam sakit sangat dah nak simpan dalam hati. Sampai aku rasa macam "sampai bila aku nak simpan semua benda ni?",

Nasihat sis, 

Nak berkawan boleh tapi biarlah berpada-pada sebab apa yang kita tengok sekarang takde lah indah untuk masa akan datang. sebab kadang kau tak tahu pun macam mana Allah aturkan perhubungan korang dengan manusia-manusia yang kau panggil bff ni. Kadang diaorang ni lah manusia-manusia yang akan jatuhkan kau dan kadang diaorang ni lah manusia-manusia yang akan bersama kau sampai bila-bila.

Aku sebagai kawan dan sahabat dunia akhirat aku tak pernah tak lupa diaorang-diaorang ni dalam doa aku. sebab aku rasa macam dah sebati dah nama-nama diaorang ni dalam doa aku. percayalah korang bahawa walaupun dah 10 tahun kita tak bertegur sapa dan aku banyak mengelak nk bertembung dalam majlis-majlis kawan-kawan sekolah sebab aku akan sedih kalau aku jumpa korang sebab aku rasa macam "kenapa sanggup buang aku dari hidup korang", so betullah perpatah budak sekarang cakap "hilang kawan baik lebih sakit dari hilang orang yang kau cintai",


Nanti aku sambung lagi kalau aku ada mood nak menulis pasal benda ni sebab bermain dengan emosi bukan mudah dan tak mudah untuk aku nak ingat semua benda yang aku rasa macam kenangan pahit dalam hidup aku.

Tapi setiap apa yang Allah tarik pasti dia akan gantikan yang lebih baik. contoh aku dapat bf yang memahami and of course support aku dalam semua benda walaupun dia ni garang nak mati and dia akan tanya segala benda yang aku buat tu mendatangkan kebaikkan atau kemudaratan. so aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab dia ada dengan aku sekarang. Terima kasih ya Allah sebab dengar doa aku untuk dapat jodoh yang sayang aku, terima aku seadanya dan yang paling penting responsibility.

Thursday, November 29, 2018

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (kepujian) Kewartawanan

Yeay! 

Syukur ke hadrat Illahi sebab bagi aku peluang untuk rasa macam mana convo be like and macam mana sukanya hati aku bila tengok mak and ayah suka bila aku cakap aku dah boleh convo and bg card invitation untuk hadir ke majlis convocation aku.

Terima kasih di kesempatan ini Ya Tuhan sebab beri aku peluang untuk tgk mak and ayah aku sentiasa berada disini.. (Jangan tulis banyak-banyak nanti berjurai air mata tak tahan sebak). Sepanjang perjalanan pembelajaran aku dekat Unisel ni banyak sebenarnya susah payah, jerih perit aku nak habiskan semester terakhir dengan apa yang aku lalui.. Well, degree ni memang ajar aku bebetul jadi seorang manusia yang kena sabar dan jangan mudah putus asa walau apa pun dugaan yang datang. 

Iye ! bila aku ambil keputusan untuk sambung study aku rasa mcam rugi at first sebab yelah kawan-kawan aku semua sibuk dah kahwin, ada anak and ada yang dah bertambah anak and yang paling best ada yang dah kerja best-best and boleh beli apa yang diaorang.. Tapi bila aku amik keputusan untuk sambung belajar aku rasa macam hmmmm.. (boleh ke aku bawak ni, boleh ke itu dan ini) Banyak sebenarnya soalan yang bermain dekat minda aku sampai aku dah rimas and aku cakap kat diri aku yang apa pun yang aku buat sekarang ni semua atas kehendak aku dan tiada siapa boleh halang melainkan diri aku sendiri. 

Kalau nak cerita kisah perjuangan degree aku ni memang takkan tercerita sebab banyak sangat benda yang aku rasa aku lalui yang aku sendiri tak percaya yang aku mampu lalui semua benda ni.. Memang bagi aku bila aku sambung degree ni banyak benda yang mencabar aku.. dan dah berapa kali aku nak ambil keputusan untuk berhenti belajar tapi akak aku banyak bagi dorongan dekat aku.. hmm. sedih sebenarnya klau nak cerita sebab apa yang alami memang bebetul sedih. aku pasti setiap seorang dari kita mesti akan ada moment sedih sepanjang belajar kan? so biarlah aku simpan susah payah aku ni buat jadi penguat untuk dimasa hadapan. 

Apa pun aku nak berterima kasih dekat mak and ayah sebab banyak beri sokongan dekat aku terutamanya dari segi moral and financial. Ayah who the one yang banyak membanting tulang mencari rezeki untuk besarkan adik beradik aku supaya jadi manusia yang berguna di masa akan datang. Yes! tak tipu weyh, kadang sedih nak mintak duit kat ayah sedangkan ayah sendiri nak makan untuk dia sendiri pun kena catu. MEMANG mencabar bila mak ayah ada masalah financial anak masih teruskan pembelajaran untuk kejar cita-cita. 

mak dan ayah lah yang banyak berkorban untuk aku sehingga aku berjaya hari ini. Thanks mak & ayah.. 

Terima kasih jugak dekat semua lecturer yang bertanggungjawab dalam memberikan dan mencurahkan ilmu kepada aku dan rakan-rakan and to all my friends. terima kasih sebab sudi dengar keluhan, meratap menangis sama-sama bila tak siap assignment and tasks lain. haha.. dan terima kasih yang tidak ternilai kepada ZA yang banyak mendukung setiap keputusan dan banyak jugak bagi sumbangan akhirat kepada aku.. thanks sayang ! <3 p="">





I'm Officially Graduated! 







Saturday, September 29, 2018

Sayonara Utusan

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih di atas tunjuk ajar dan semualah kepada member-member team intern yang ending tinggal aku sorang je yang intern kat sana sebab semua habis awal. Rindu korang and aku rindu nak lepak sesama korang bila time nak lunch and nak makan or meng-ngeteh lepas ketuk story.

Maaf sebab posting ni lama sangat amik masa sebab aku busy dengan kerja-kerja yang mana memerlukan perhatian aku. so aku hold kisah suka duka aku dekat Utusan ni. (konon nak amik mood nak menulis). hahaha



Utusan Malaysia salah satu organisasi yang gah di persada dunia kewartawanaan malaysia. Tipu kalau kau tak kenal Utusan sebab utusan ni famous kot dari zaman sebelum merdeka surat khabar dia dah keluar tapi zaman sebelum merdeka tu cetakan dalam tulisan jawi. Kenapa aku pilih Utusan sebab utusan ni legend kot. Kau pegi mana-mana sebut nama Utusan memang jarang lah orang tak kenal terutama sekali bagi peminat tegar yang membaca Utusan macam golongan-golongan veteran ni. Memang diaorang minat sangat Utusan sebab Utusan jarang keluar berita bodoh-bodoh dan selalunya akan keluar berita berkaitan politik dan masalah dalaman negara. Yes! aku pun memang yakin dengan Utusan sebab aku salah satu pembaca surat khabar Utusan dari aku kecik. Umur aku dalam 10-12 tahun macam tu. Zaman tu bila aku dengar mak ayah aku sembang politik memang aku akan cari surat khabar nak tahu lebih lanjut apa yang mak ayah aku cerita pasal politik. hahaha sampai macam tu kan? Yes!

Report Duty pada hari pertama di Utusan memang aku seram sikit sebab environment serious dan aku di tempatkan di meja berita yang mana major desk dalam Utusan. Cuak lah wei.. kau kena deal dengan senior-senior yang mana kalau kau tengok diaorang dah macam mak-mak and ayah ayah kita dah. aku takut kalau aku salah tulis ke, idea aku tak cukup bernas untuk mereka nak paparkan di dada-dada akhbar dan sebagainya. tapi Allah permudahkan aku sebab dapat jumpa akak-akak senior yang baik and abg-abg senior yang membantu dalam menyelesaikan assignment yang diberi. (Tipulah klau aku cakap semua baik. Ada jugak mulut mcm !@#$%^& tapi aku rasa tak menghalang or ganggu aku pun untuk settlekan intern aku dan chow).

Apa pun aku just nak ucap terima kasih kepada SV aku Encik Herman yang banyak bagi tunjuk ajar and senior-senior kat sana yang selalu tegur kalau aku ada buat silap ke apa. Apa pun terima kasih lah bagi teguran yang membina semangat dan bagi teguran yang mcm bullshit terima kasih jugak sebab dah menghiburkan hari-hari sis.


Apa pun yang berlaku di Utusan aku harap satu hari nanti aku boleh mengorak langkah kerjayaan aku dalam bidang kewartawanaan ni bersama Utusan sebab wei sayang kot Utusan. sebab utusan ni antara newspaper yang memperjuangkan islam, budaya dan sebagainya. Orang legend je baca utusan tapi kena faham siapa yang legend tu? aku sayang utusan ni sebab pengalaman yang aku cari ada kat sini dan bahasa dia Ya ampun kalau kau dduk di utusan memang akan terus jatuh cinta dengan bidang penulisan di Utusan ni.

Terima Kasih Utusan !

to all editorial team i miss you so much
<3 p="">
news desk team. (senior-senior and all the editors)

takkan lah takde gambar depan Utusan kan? !
<3 p="">

Thursday, September 20, 2018

Maaf


Kenapa kita susah sangat nak mintak maaf dekat orang kalau kita ada buat salah dan silap. Kenapa suka beratkan mulut nak ucap kata-kata maaf tu ? Banyak benda buat kita sebagai manusia ni terasa. Tapi apakan daya kena hadam dan simpan elok-elok sampai lumat. Kadang jadi manusia ni pun susah sebab kena hadap dan jaga hati orang yang memang tak pernah nak jaga pun hati kau. Dalam dunia ni memang macam-macam orang tapi tulah banyak benda nak kena filter pun kau pun akan jadi penat sebab dah terlalu banyak sangat nak kena hadam. Antara yang paling susah bila kau kena hadam orang yang kau sayang nak buat apa je kat kau. Yes. Susah tapi nak buat macam mana hadam jelah walaupun kau kena telan.

Banyak benda yang buat aku lemah semenjak dua menjak ni. Tapi aku sebagai manusia yang tiada pilihan selain daripada kena jadi kuat so hadam jelah semua benda yang melemahkan aku dan prentending like macam takda pape. Kehidupan ni selalu adil untuk mereka yang sentiasa menghargai. Dan tidak adil bagi mereka yang rasa selalu menzalami mereka. Maaf tu sebenarnya bukan susah pun nak keluar dari mulut kita tapi ego buat bibir rasa berat dan kadang tak terkeluar pun kata-kata itu. Maaf ni sebenarnya perkara paling mudah nak buat orang rasa sayang, cinta dan mungkin akan rasa selalu tenang dengan kata-kata maaf ni banyak sangat keajaiban yang boleh berlaku sekelip mata je. Tapi tak ramai yang nak guna kata-kata ajaib ni dalam urusan seharian mereka sebab ego mengunung kalah gunung yang tertinggi dekat dunia ni.

Aku doakan moga ada dikalangan kita yang sentiasa memulakan kata-kata dengan kemaafan bila mana ada kesalahan yang dilakukan dan tak lokek untuk memberikan kemaafan kepada yang lain. Moga kita sentiasa terus menjadi pemaaf sampai syurga..



Habis